Mutiara : 7 Formula Individu Cemerlang (part 1)

Karya : Dr. Danial Zainal Abidin
Penerbit : PTS Publication and Distribution Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tahun : 2004

Kehadiran buku ini sangat diharapkan di tengah maraknya buku motivasi diri terbitan barat. Tidak hanya melihat dari sisi duniawi tetapi juga sisi religi. Buku ini membahas tentang formula yang digunakan orang-orang zaman dulu yang kini telah hilang ditelan kemegahan budaya barat. Formula yang menjadikan dunia Islam gegap gempita seantero dunia. Penulis mampu menerjemahkan formula kesuksesan Islam yang sarat akan ketaatan kepada Tuhan Semesta Alam, Allah SWT. Berikut adalah petikan mutiara yang dapat diambil:

  • "Ingatlah Aku niscaya Aku ingat kepadamu." Al-Baqarah: 152

  • "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang pandai membaca Al-quran, paling bertaqwa kepada Allah, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada yang makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan paling suka menghubungkan silaturahim." Hadist riwayat Ahmad, an Nasai dan al-Hakim.

  • Formula keunggulan yang dihayati oleh para sahabat Nabi SAW:

1. Mengenali hidup dengan mendampingi Qur'an.

2. Memulakan perubahan dengan diri sendiri menuju takwa.

3. Mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan.

4. Berperan mencegah kemungkaran.

5. Mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran.

  • Mereka tidak hanya menganuti agama Islam, lebih dari itu mereka berbangga dengan cara hidup Islam.

  • "Kita merupakan suatu golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita." Sahabat Umar Al-Khattab.


  • Pinggirkan perasaan inferior (minder) supaya potensi saudara dapat diledakkan sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, jangan digantikan dengan perasaan superior dan bongkak kerana bongkak dan sombong dibenci Allah


  • Keunggulan dan kehebatan Zulkarnain (Surah al-kahfi)
- Jelas destinasi : berwawasan
- Memiliki kompas hidup : bertaqwa
- Berpikir global : mempunyai misi
- Senantiasa mencari dan membuka peluang : berpikiran strategis
- Menguasai ilmu besi dan tembaga : menguasai teknologi
- Mendengar dan memahami : berkomunikasi secara efektif


  • Apabila asyik mengagumi ukiran sejarah orang lain, kita tidak mempunyai masa mengukir sejarah sendiri.


  • "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu" - Al-Hujurat (13).


  • Umat Islam berjaya membina (membangun) kegemilangan kerana mereka memulakan langkah dari dalam yaitu hati.


  • "Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini, hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya ialah kebahagiaan bagi manusia di dunia dan di akhirat." - Imam Al-Ghazali.


  • "Sesungguhnya Allah mempunyai bejana di muka bumi ini dan ia adalah dalam bentuk hati-hati manusia. Hati yang paling dikasihi Allah adalah yang paling lembut, yang paling suci dan paling keras. Maksud paling keras adalah keras berpegang kepada agama Allah. Maksud yang paling suci adalah yang paling suci dari sudut keyakinan dan maksud yang paling lembut ialah yang paling berlemah-lembut kepada sahabat dan taulan."


  • Apabila hati manusia di kuasai sifat-sifat ketuhanan, dia mencari kemuliaan, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan.


  • Ketahuilah, dengan mengingat Allah saja lah hati akan tenang." - Ar-Rad (28).


  • "Apabila seseorang hamba Allah melakukan dosa maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa itu dan bertaubat bersinarlah semula hatinya. Apabila dia melakukan dosa akan tumbuhlah semula titik hitam di hati itu sehingga hatinya berkarat." - Maimun bin Mahran.


  • Menurut Imam Al-Ghazali, antara pintu yang sering digunakan syaitan adalah:

1. Perasaan marah.

2. Nafsu syahwat.

3. Perasaan tamak dan dengki.

4. Kenyang.

5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda.

6. Bergantung kepada manusia.

7. Gopoh gapah dan terburu nafsu.

8. Cinta kepada dinar, dirham dan emas (uang).

9. Sikap kedekut (pelit) dan bakhil.

10. Fanatik mazhab dan kelompok.

11. Berpikir berkenaan dengan zat, sifat dan af'al atau perbuatan Allah tanpa ilmu.

12. Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang Islam.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

BOOK REVIEW – PELUKIS JALANAN & ARKITEK JALANAN BY TEME ABDULLAH

My University Life (Part 1)

10 KUALITAS PRIBADI YANG DISUKAI