Mutiara: 7 Formula Individu Cemerlang (part 2)

Berikut adalah sambungan dari artikel "Mutiara: 7 Formula Individu Cemerlang (part 1). 

  • Nabi bersabda SAW," Ia adalah hati yang bertaqwa lagi bersih yang tidak ada di dalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad."

  • Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara mematikan hati, yaitu:

1. Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu

2. Membaca Quran tetapi tidak melaksanakan suruhanNya.

3. Mencintai nabi SAW tetapi mengabaikan sunnahnya.

4. Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.

5. Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikuti kehendaknya.

6. Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat.

7. Mahukan syurga tetapi tidak beramal shalih.

8. Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

  • Allah berfirman dalam Surah Al-Falaq ayat 2-3:
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar (Allah) akan mengkaruniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya."
Menurut sahabat Abdullah bin Masud, ayat ini adalah "formula penyelesaian masalah teragung di dalam Al-Quran.

  • Lima penawar yang dapat membersihkan hati:

1. Bergaul dengan orang shalih.

2. Senantiasa membaca Al-Quran.

3. Menjaga perut dari makanan haram.

4. Melakukan shalat malam.

5. Selalu berdo'a dan berdzikir kepada Allah terutamanya semasa waktu shubuh.

  • Taqwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak melakukan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh melaksanakan amal ibadah yang dituntut.

  • "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai..." Ali Imran (102-103).

  • Sebenar-benar taqwa sebagai melaksanakan taat jangan maksiat, senantiasa saling mengingati jangan alpa dan senantiasa bersyukur jangan kufur." Sahabat Abdullah bin Mas'ud.

  • "Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki keatas seseorang yang melakukan maksiat. Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan." Hadist ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai, dan Ibn Majah.

  • Antara pupuk yang diperlukan untuk menyuburkan taqwa adalah muhasabah dan taubat.

  • "Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah." Khalifah Umar bin Khattab.

  • "Mereka (yang bertaqwa) adalah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun ke atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah." Ali Imran (135).

  • Mujahadah adalah jembatan taqwa

  • Ibadah yang ditetapkan agama mempunyai unsur-unsur mujahadah.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

BOOK REVIEW – PELUKIS JALANAN & ARKITEK JALANAN BY TEME ABDULLAH

My University Life (Part 1)

10 KUALITAS PRIBADI YANG DISUKAI